Tuesday 4 October 2016

PETROLEUM

Petroleum (minyak batu, dari bahasa Greek petra – batu dan oleum – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan di dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.[1]
Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.
Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.
1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industripetroleum secara komersial di Malaysia.
1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.

1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

No comments:

Post a Comment