Bukit batu
kapur adalah bukit yang sebahagian besar daripadanya terdiri daripada batu
jenis batu kapur. Ia mempunyai kepentingan ekonomi dalam sektor pembinaan
kerana batu kapur boleh digunakan bagi menghasilkan simen.
Gua Tempurung
ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya
diambil sempena bentuknya sepertitempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9
km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
Gua
Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung
kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang
berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan
kandungan batu kapur danmarmar.
Gua
Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia.
Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang
merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri
daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.
Gua Tempurung
terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15
minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong
untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.
Dipertengahan
gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Memandangkan
gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan
memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua
kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut
disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam
gua turut diadakan.
Selain
menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini
menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga
1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan
lombong bijih timah.
No comments:
Post a Comment