Menurut J.
Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka
pada zaman Neolitik lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak
dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah
Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana. Dinyatakan
bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan
selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya
merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil.
Pada tahun
1889, Raub Australian Gold Mining Company (oleh orang Australia) telah
ditubuhkan. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah
Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an.
No comments:
Post a Comment