Tuesday 4 October 2016

BAUKSIT

Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama "bauksit" diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatanPerancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier. Pada1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit.
Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Kalimantan serta Kuantan, Malaysia

Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

No comments:

Post a Comment