Tuesday 4 October 2016

ARANG BATU

Arang batu ialah sejenis pepejal hitam, yang digunakan sebagai bahan bakar dengan meluas. Ia terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan tumbuhan oleh air dan lumpur daripada pengoksidaan atau penguraian secara semula jadi. Pepejal ini, yang merupakan batuan yang keras dan mudah terbakar (justeru namanya, arang batu), mengandungi karbon dan hidrogen (serta sebatian hidrokarbon), selain sebatian dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Ia digali dari bumi melalui lombong arang batu, samada di bawah tanah atau secara terbuka di permukaan bumi.
Sehingga ke hari ini, arang batu menjadi sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia. Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke udara, sekaligus kegiatan ini dianggap sebagai penyumbang utama terhadap pembebasan gas rumah hijau, selain pencemaran udara.

Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor) dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah ditutup pada tahun 1960.

No comments:

Post a Comment